Isma nyzam & Associates

February 1, 2012

Telah beroperasi secara rasminya.

Advertisements

Kursus SPPPI

January 29, 2010

28 Jan 2010 Bangunan Takaful Malaysia; AlhamdulilLah telah berlangsung dengan jayanya peperiksaan Sijil Pentadbiran Pusaka Islam bagi Takaful Financial Consultant. Peperiksaan kali ini dihadiri oleh 10 orang calon yang kesemuanya adalah dari STMB sendiri.

Turut hadir untuk memantau perjalanan peperiksaan tersebut ialah wakil dari STMB, Wakil IBFIM dan wakil dari ZPP Global sdn bhd.

Berdasarkan kepada maklum balas yang diperolehi, kebanyakkan perserta berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan dan mengharapkan ianya dapat diperkenalkan kepada masyarakat umum untuk kebaikan bersama

2009; Muhasabah

December 28, 2009

Assalamualaykum..

Pejam celik pejam celik sudah dihujung tahun 2009 rupanya kita. Pantas dan cepatnya masa berlalu tanpa leka tanpa gagal walaupun sesaat.

Diari 2009 sudah sampai ke helaian-helaiannya yang terakhir, sebelum pintu 2010 diselak perlu juga 2009 dinilai dan dihisab. Yelah orang sekarang menggelarkannya sebagai KPI.

Peribadi;
– Banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah baik.

Pendidikan;
AlhamdulilLah, banyak yang dipelajari dan masih banyak yang perlu dipelajar.

Kerjaya;
Pengalaman mematangkan diri. Berusaha untuk memikul tanggungjawab yang semakin besar.

October 7, 2009

Ke pejabat selepas dari cuti hari raya adalah satu detik merimaskan.

Di sudut mejaku terdapat tidak kurang dari 6 fail yang bersusun menanti untuk disiapkan. Ada fail Mahkamah, ada fail mesyuarat dan ada juga fail Hujahan.

Aku perlu aturkan masa sebaiknya untuk menyiapkan fail-fail tersebut. Fail itu umpama nyawaku. Bagi orang yang tidak makan gaji macam aku, banyaknya jumlah fail bererti banyaklah jumlah RM yang boleh dibawa balik ke rumah.

Sepanjang minggu ini, jadual harianku silih berganti diantara ke mahkamah, bertemu pelanggan, mesyuarat ZPPG dan kerja administrasi. Masa berkualitiku dengan famili sudah mula berkurangan.

Sahabatku Ahmad Romizi ada meneleponku petang tadi. Kali ini sudah kali ke tiga dia menelepon bertanyakan masa lapangku untuk keluar makan. Dan untuk kesekian kalinya juga aku tidak dapat memenuhi jemputannya.

Eid el-Fitr

September 24, 2009

Setelah menempuh perjalanan yang memenat untuk beberapa hari ini, meter kilometerku merakamkan jarak yang sudah hampir mencecah 4 angka, aku akhirnya kembali semula ke titik asal permulaan perjalanan ini. Penat yang bersalut gembira.

Ada makna yang terindah pada perjalanan yang meliputi 1/3 luas negeri yang terbesar di Semenanjung itu, makna yang secara sendirinya terbit ekoran dari usaha gigih dari hati putih tanpa cemar.  Iaitulah  memaknakan erti suatu ukhuwah dan persaudaraan.

Lewat puluhan tahun yang ditempuhi dengan puluhan eidul fitri yang diraikan, aku masih berusaha melengkapkan makna eid itu sendiri. Setiap kali sambutan Eid diraikan maka semakin tersingkap maknanya seolah mendapat satu cebisan puzzle baru yang dicantumkan pada cebisan-cebisan puzzle yang telah disusun untuk membentuk satu gambaran makna yang sempurna.

Kegembiraan eid yang disantapi dengan penuh sedar bahawa ia datang dengan maksud yang terindah. Ia adalah suatu hadiah kegembiraan untuk golongan yang telah sedar dalam menempuh suatu tempoh latihan yang panjang. Suatu latihan untuk mengembalikan fitrah muslim. Untuk memutihkan yang telah hitam, mengilatkan yang telah terlekat karat dan memperbaiki mana-mana bahagian yang telah rosak.

Maka eid itulah usaha mengembalikan kekuatan fitrah. Suatu proses overhaul untuk menjadikan fitrah kembali perkasa untuk menangkapi tujuan insan diutus ke dunia.

******

Hello world!

April 8, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!